Thursday, August 28, 2008 / Label: , , , ,

Di Pentas Kemerdekaan

Manusia membakar dunia ini
Hutan diteroka sesuka hati
Dunia yang tandus semakin gersang
Dulunya menghijau kini semakin kering ketandusan

Generasi abad kini yang hatinya semakin membara
Menentang dengan pemberontakkan
Ingin menuntut keadilan
dengan menghayun tangan yang kasar
rundingan pakatan yang tiada hala tujunya

Si tua duduk termangu melihat keadaan dunia
Yang semakin dalam lukanya
Meniti hari yang tiada noktahnya
Memikirkan nasib warisan yang semakin
Lupus dek mengejar kekayaan,nama dan pangkat

Ahh.. mengapa manusia sekarang?
Mudah lupa akan derita dan sengsara
Nenek moyang mereka
Dimanakah erti kemerdekaan dalam jiwa mereka?

Aku yang membina kemerdekaan..
Tetapi kamu yang gembira mematahkannya
Aku yang menaikkan jalur gemilang di mata dunia
Namun kamu yang memijak dan membakar
Tanpa keikhlasan hati

Tubuh yang dulu gagah
Hati yang dulu cekal dan bersemangat
Kini letih handak menangani
Mereka yang sendiri tiada hala tuju
Di pentas kemerdekaan
Mencari-cari nama bumi yang dipijak
Sedangkan hutan sudah diteroka
Ladang sudah dibajak

Orang tua ini termangu sedih
Mengenang bangsaku yang kini semakin parah
Lupa akan asal usul diri

Aku yang menegakkan kubu kemerdekaan
Namun kamu yang meruntuhkannya
Di pentas kemerdekaan.....


Nukilan : Noorazikin bt Jaafar
S.I.D : 08-200607-00004
Course :  e-Secretaryship

komen (1) / Read More

Tuesday, August 19, 2008 / Label: , , , , ,

Lagu 'Perpaduan Teras Kejayaan' Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

INTRO

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

MUSIC BRIDGE

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu 
Berpadu Bulat Kata Sepakat 
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

komen (0) / Read More

/

Portal Rasmi Kemerdekaan Malaysia Ke-51


Portal Merdeka 51 Tahun adalah portal rasmi sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Portal ini mengandungi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang, aktiviti/program yang dianjurkan sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke-51 dan pelbagai lagi maklumat tentang Kemerdekaan Malaysia. 

komen (0) / Read More

/ Label: , , ,

Logo Hari Kemerdekaan ke-51

Pelancaran Logo Hari Kemerdekaan yang ke-51 pada 8 Ogos lalu di Kuala Lumpur

komen (0) / Read More

end gadget

test end gadget